Microsoft Word Dan Kahoot Quiz

1 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Microsoft Word dan Kahoot Quiz. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam Microsoft Word. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja. Seterusnya, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk mengetahui bagaimana cara untuk menginsert table dan menukar warna background. Sementara itu, dalam membuat table mereka dikehendaki untuk membuat sifir 2 hingga 12 bagi tujuan ulangkaji.

Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen lain seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk membuat jadual dan sebagainya. Kelebihan Microsoft ini juga dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Akhir sekali, pengisian dengan menjawab quiz menggunakan platform Kahoot Quiz untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir dan menjawab dengan cepat bagi peserta. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat mempelajari asas-asas Microsoft Word dengan lebih mudah dan lebih berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali